Wednesday, October 31, 2012

Berubah

Assalamualaikum.
hari nie aku share kat semua tentang perubahan.
perubahan ? perubahan apa ? mesti semua tertanya-tanya kan. hehe. sabar :)
maksud aku kat sini adalah berubah diri ke arah kebaikan.
aku yakin semua org mahu berubah kan. termasuk aku.
yes ! aku sedang berusaha utk menjadi yg lebih baik dan di redhai oleh Nya.
aku nak semua yang aku lakukan di redhai oleh Allah.
yee, aku tahu. selama nie banyak aku buat dosa. dan mulai saat ini aku tak nak dah buat-buat dosa kering yg boleh melalaikan aku dari mengingatiNya.
aku nak hidup aku lebih teratur,aman dan tenteram selepas ini.
jadi, aku perlukan sokongan dari ibubapa, kawan-kawan untuk bantu aku ke arah kebaikan.
dan aku berharap sangat , niat aku ini di permudahkan oleh Allah.
aku juga mengharapkan kamu semua mendoakan jalan yang aku pilih ini.
Ameen :)

So, kat sini ada beberapa tips yang aku boleh kongsikan untuk sesiapa sahaja yang ingin berubah.

NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.

TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF. Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.

BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan

PEDULIKAN APA KATA ORANG. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.


BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku.
Maka jelaslah sudah, jalan-jalan untuk mengubah diri ke arah kebaikan terbuka luas. Memang hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa hebatnya. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Jadilah remaja yang kental dengan pilihan yang sudah dibuat. Jadikanlah tahun ini tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.
So, dengan tip yg ada ini dapatlah memberi sedikit sebanyak info tentang cara untuk berubah ke arah kebaikan. aku berharap agar semuanya dipermudahkan. Marilah kita sama2 berubah untuk menjamin kehidupan yg lebih selamat dan aman. kita mana laa tahu kan ajal kita bila. mungkin esok, lusa, bulan depan, tahun depan kan. so, dengan masa yg ada ini kita manfaatkan dgn sebaik mungkin dengan melakukan perkara yg di sukai oleh Allah.
okaylaa dulu. bye. salam :)

baby come back :)

Assalamualaikum semua.
lama sudah aku tak update blog nie.
ada laa beberapa faktor yg menyebabkan aku jarang update nie. :)
so, aku nak mintak maaf utk sesiapa yg tnggu aku update nie.
*ehh, macam laa ada yg tunggu kan. huhu

sebenarnya aku tak tahu aku nak cerita apa.
okay, kenapa aku tulis 'baby come back'
sebabnya aku telah kembali untuk membersihkan blog ini.hehe
lagi pom, aku tgh dgr lagu 'bad boy-bigbang'.
aku sedih sebab tak dpt pergi konsert bigbang hari tu :(
*ehh tetiba plak masuk bigbang kan.hehe. biarlaa aku minat sangat. :)

okay, aku tgh cuti sem sekarang nie. cuti sem 1 bulan je. sikit jee. tak cukup. grrr
cuti sem pun dah nak habis. nie masuk bulan 11 dah, so ada laa baki 18 hari lagii. sedih :(
cepat je aku rasa masa berlalu. sekejap sangat.
cuti nie rasa banyak bazir masa jee.
aku layan twitter, fb, youtube, movie, kpop. jalan-jalan and adam&hawa. hehe
banyak masa terbuang kat situ.
sebenarnya plan aku utk cuti nak masak, tapi satu benda pun aku xmasak. kekeke. malas lol.
banyak buat benda lain plak.huhu. biasa laa manusia kan, dulu cakap lain skrg ckp lain. manusia boleh berubah. *tetiba laa plak aku ckp mcm nie, xde kaitan. grr

nanti aku akan masuk sem4. wooooo ! cepat jee aku rasa. dalam setahun lagi nak habis.
macam tak percaya. tapi tu laa kenyataan.
dan tak lama lagi result sem3 akan keluar. tersangat laa takut aku.
aku berharap sangat aku akan dapat result yang boleh membanggakan.
mari sama-sama doakan untuk aku :)

okaylaa. sampai kat sini jee laa. nanti ada masa kita jumpa lagi.
bye semua.
Salam rindu untuk semua :)

BIGBANG