Wednesday, March 19, 2014

End.

Assalamualaikum.
berkurun lama aku tk update ini blog.
Allhamdullilah berkesempatan jugak aku untuk menghidupkan balik blog yg terbiar lama ini.
seriously sebelum nie mmg aku busy sangat, and now I'm free because i'm already finished my studies.
so sekarang aku menjadi penanam anggur yg tegar hikhik
*tkde laa next week start cari kerja

Sebenarnya aku nak cerita pasal perjalanan hidup aku sebagai pelajar fisioterapi yg selama 3tahun yg berjaya aku harungi walaupun banyak sgt duri yg perlu aku lalui dgn tabah dan tenang.
nak jadi fisio nie bukan senang doe. banyak sgt benda yg perlu kau tahu dri jenis urat-urat, otot, tulang semua benda dalam setiap inci badan laa yg perlu tahu. fuhhh lap peluh aku kalau study benda nie.
tapi tu lah hakikat seorang pelajar, perlu mengkaji semua ilmu yg ada.

Banyak sgt yg dpt aku belajar sepanjang 3tahun nie.
Aku dpt belajar mcm mana perasaan jatuh aka down, rasa nya Ya Allah xthu nk ckp macam mana, time tu hanya aku dan Dia saje yg tahu.
Nak bangkit dgn semangat yang baru tersangat lah susah.
Tapi disebabkan adanya kawan-kawan yg selalu bgi semangat, nasihat dari situ aku bangkit meneruskan perjalanan ini walau ianya sangat pahit.
Mana nak cari kawan-kawan yg sanggup kongsi derita ni sama sama?
Susah doe nak cari.

Memang mula mula perkenalan kita mmg susah nak rapat dengan sorg-sorg.
Masing-masing dengan hal sendiri.
Aku dengan jalan aku yg tersendiri,
Kau dengan haluan kau yg tersembunyi.
Masing-masing sedang cuba menyesuaikan diri di tempat yang baru.
Tapi takpe, aku faham situasi pada waktu itu.

Setelah beberapa bulan kita berkenalan
Semua org dh tunjuk belang masing-masing
Dari situ aku tahu bahawa semua nya baik-baik, boleh dipercayai, bertanggungjawab,dan boleh di jadikan sahabat tapi ada jugak yg menyeksakan jiwa raga ku.
Tapi takpe korg tetap sahabat aku.
Ya, sahabat. korg semua sahabat aku dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Kadang-kadang dlm persahabatan tu jugak mesti ada masam manis dia kan.
Kalau takde tk best la. mcm tk cukup sedap plak tu di nikmati dan di sedari.
Ya aku mengaku mmg aku ada jugak tk puas hati, rase menyampah, rasa mcm nak sepak pun ada. hahaha
Tapi aku cuba kuatkan diri untuk hadap semua benda tu,
Aku cuba untuk memperbaiki kesilapan itu, aku cuba untuk menerima segala kelemahan dan kelebihan yg masing-masing punya tersendiri.
Dan dari situ aku tahu mana satu lawan mana satu kawan.
Korg jangan risau tkde lawan pun sekarang dalam hidup aku.

Korg selalu cakap kat Terengganu tkde apa-apa
Apa laa yg ada sgt kat Unisza
Tapi bagi aku kat situ ada satu benda yg sangat bermakna dalam hidup aku.
Kat situ ada 20 nyawa yg sgt aku sayang, yg susah nak cari galang ganti nya.
Even selepas nie korg jumpa lagi 20 nyawa mungkin tk sama dgn 20 nyawa yg sekarang. Lain.
20 nyawa nie yang akan ku selalu kenang dalam setiap doaku, yg akan ku selalu rindukan.

Nanti masing-masing aku membawa haluan hidup yg tersendiri.
Masing-masing akan mencorakkan cara hidup yg tersendiri.
Ini baru permulaan untuk kita melangkah ke tempat yg lebih jauh yg mungkin banyak lagi duri-duri tajam, liku-liku yg berbahaya.
Aku doakan kalian selamat mengharuginya.
Dari situ aku mendoakan kalian berjaya dengan jayanya seperti mana apa yg telah di rancangkan.
Dengan kesempatan ini aku ingin meminta maaf andai ada yg terguris hati tersedar atau tidak, andai ada yg menyampah dgn aku, andai ada tersalah silap.
Ku mohon ampun.

Terima kasih untuk semua kenangan yang manis.
Terima kasih untuk kenangan yang membahagiakan hari-hari ku.
Terima kasih untuk ilmu yg dikongsikan.
Terima kasih untuk persahabatan ini.
Terima kasih kerana menerima ku seadanya.
Tak terucap dek terima kasih kerna banyak sgt untuk dihargai.
Yang penting, terima kasih untuk semua hal.

Our last annual dinner.
Akan ku abadikan kenangan ini

Bersama 2 org anak angkat kita.
Umar dan Umairah
hahahha

Thank you
Moga berjumpa lagi kalian di suatu masa bersama kejayaan masing-masing

Selamat tinggal.

p/s : sambil menaip sambil dgr lagu kau pergi jua- I am neeta ft najwa latif