Thursday, April 25, 2013

mama, Happy birthday

Assalamualaikum semua.
harap semua dalam keadaan yang sihat.
*aku je yang tak berapa nak sihat sekarang nie. bila nak baik nie? hmmm :(

Hari nie 25/04/2013 ialah hari paling istimewa dalam hidup aku yang bergelar seorang anak.
hari ini hari khamis adalah hari lahir ibu kesayangan aku.
SELAMAT HARI LAHIR MAMA.
kakak sayang maa sampai ke hujung nyawa kakak.
terima untuk semuanya.
terima kasih dia atas semua pengorbanan maa selama ini terhadap keluarga kita.
terima kasih kerana menjaga makan minum kami semua.
terima kasih kerana banyak memberi semangat di saat kakak jatuh, sedih, kecewa.
terima kasih kerana selalu ada di sisi kakak.

semoga panjang umur,
semoga di murahkan rezeki,
semoga mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat,
semoga di beri kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik kami semua,
semoga kita sekeluarga mendapat rahmat, berkat dan keredhaan oleh Allah selama hidup kita ini.
Amin :)


ini mama saya
saya sayang sangat sama dia.
tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk berterima kasih kepada beliau.
terlalu besar pengorbanan dia terhadap saya.
akhir sekali : terima kasih untuk semua.
ILOVE YOU MAMA :)





Sunday, April 21, 2013

holidaysss with love


Assalamualaikum pembuka bicara.
semoga tuhan merahmati kita semua.
semoga sihat rakyat jelata dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk kita semua.
amin :)
*acecece ayat macam mintak penampar je kan KBYE ! haha

hari ini aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku pergi bercuti dengan classmate aku.
hanya aku 3 orang sahaja yang pergi.
kita orang pergi selama 3 hari 2 malam.
fuhhh seronok sangat dapat travel dengan kekawan yang gila-gila nie.
kita orang pergi ke Langkawi. jauh di rantau orang.
sakit belakang duduk lama-lama dalam bus.
lain kali pergi nak naik flight. tempah tiket awal-awal pheww
tak sanggup duduk dalam bus lama-lama.

kita orang pergi hari selasa malam jam 9 pm.
naik bus mutiara dari kota bharu. serius sejuk. beku duduk lama-lama.
nak tahu tak, time duduk dalam bus tu iman kena kuat. hati kena kental.
sabar harus menggunung. marah diketepikan.
macam-macam ragam orang yang duduk belakang seat aku.
pheww boleh dia duk cakap macam dia sorg je naik bus tu.
dah tu tambah pulak dia duk buka radio lagu tamil.
waaa berapi aku. volume tu tak boleh kuat lagi ke aunty? urghhhh
nasib baik aku penyabar kalau tak dah lama aku sound.
*sound ke? takut sebenarnya nak sound kbyeee ;p
then kita orang sampai kuala perlis jam 530 am.
awal sampai. pakcik driver bus tu pecut habis.
nasib baik selamat sampai.

dah sampai dekat jetty kuala perlis. beli laa tiket feri plak.
kita orang naik feri jam 7.30 am.
wooo awal kan,pagi-pagi buta dah merentasi laut yang biru cantik lagi sejuk.
dalam 1jam macam tu kita orang sampai di jetty point langkawi.
yuhuuu seronok bila dah sampai langkawi.
macam mimpi jee travel nie terjadi.
sbb kita orang plan macam hangat-hangat tahi ayam je phewww haha
*kotor

taraaaaa ! garuda di situ.
so aku kena percaya yang aku dah sampai langkawi weheee
sampai je kat sana kita orang di sambut oleh pelbagai jenis manusia yang menanyakan :
pakcik tua 'dik, nak naik teksi ke? ' 
dengan muka blur nye kita orang blaa ke depan sambil senyum :)
pangkat ayah kot 'dik nak kereta sewa ke?' 
ohh tak ape laa pakcik. sambil tersengih-sengih macam kerang busuk haha
abang utara yang hensem haha 'dik nak sewa kereta ke. viva 60 hengget auto?'
terus dengan muka selamba jawab okay bang ! haha dua hari okay. haha
so dapat laa viva membawa kita orang berjalan sepanjang di langkawi tu.



kita orang sewa di Akasia hotel. jalan kelimbang dekat Kuah.
*betul kot eja kelimbang macam tu haha
semua jalan di langkawi kita orang redah haha
semua tempat pergi. 
penat den nulis nie.
tengok gambar je laa okay.
gambarkan menceritakan segalanya. iye ke tidok? haha

ini anis dan jue. ini time sampai di langkawi.
dengan muka yang tak mandi lagi. haha


ini pula anis dan aku (ninie)
dua-dua muka tak mandi haha
sampai je kat jetty point terus buat pose haha



anis dan aku.
di kfc breakfast sambil mengecas phone yang dah ko.
pagi-pagi dah telan kfc. acano den tak gemuk? 
haha

ini hari pertama kita orang sampai.
ini kat makam mahsuri.
sampai je kat sana pukul 5.57 pm.
waa dh tutup dh time tu. so ambik gambar je laa kat depan pintu
muahahaha


aku dan anis. nie malam pertama kita orang di langkawi.
malam nie kita orang melepakkan diri di dataran lang.



jue dan anis.
takde orang nak tolong ambikkan gambar kita tiga orang
jadi terpaksa laa ambik dua dua orang saje.
sedih kan ? sobs sobs


nie time kat beras terbakar.
dekat warung makan laksa utara.
phewww sedap. menyegat !


nie dekat makam mahsuri
fyi time nie tengah hujan
kita orang dengan selamba badak pergi jugak ambik gambar.
ada aku kesah? hahaha


jue dan anis.
nie masa di cable car.
lu tahu gua sedih sbb tak dapat naik cable car sbb under maintanance.
wa rasa macam nak menjerit jee
sedih bhaiii
takpe laa next time wa datang lagi kat sini.



anis dan aku.
kita orang decide nak ambik gambar then letak kat piring tu. haha
serius gambar tu comel  sangat sangat ! :)



jue dan anis.
nie dekat oriental village



anis jue dan aku di bawah rumah mahsuri.
sejuk jee.nyaman. enhh?



aku anis dan jue
masa nie hari last kita orang di langkawi.
nie dekat mall kat jetty point.
duk melepak kat sini sambil tnggu feri jam 4pm.
kita orang dduk kat sini dari jam 9 am sampai 3 pm.
perghhhh lama lama.
kita orang buat macam rumah sendiri.
ambik gambar sesuka hati.
tak kesah dah orang yang lalu lalang duk tengok muahahaha


nie di pantai cenang :)





nie pun hari last menghabiskan sisa sisa hidup di bumi garuda muehehe


nie dirumah mahsuri.
ini buai anak dia.
nama wan hakim.



abang kat belakang tu macho okay byee !


ingat kenangan tentang gambar nie tak leh blaa.
boleh plak kita orang berhenti kereta tepi jalan sebab nak ambik gambar kat situ.
padahal kereta banyak nak lalu kat situ.
kita orang buat selamba je ambik gambar cepat-cepat then masuk kereta terus jalan. haha





nie di beras terbakar.


nie time tunggu jue shopping.
aku anis ambik la gambar.
jangan buang masa yang ada
manfaatkan !
hehehe


hehe thanks for the sweet memory.
love and miss you :)


beras terbakar.
rumah dia cantik dan unik.


rumah nie aku tak ingat dah rumah siapa.
tapi nie dalam kawasan makam mahsuri laa.


cantik kan warna laut kat sini ?
tempat paling tenang.


  
malam melepak di dataran lang.
menyaksikan drama manusia di sini.
pelbagai kerenah dan budaya.





berakhir sudah percutian kami di sini.
semoga berjumpa lagi di lain masa.
semoga dapat pergi bersama yang tersayang kbyee hahaha



terima kasih anis jue kerana merealisasikan impian kita yang hampir 5 bulan dirancangkan. hehe
mission complete !
wait for the next mission.
InsyaAllah dipermudahkan :)
Amin.

*sorry gambar berterabur. hehe

Sunday, April 7, 2013

Terkilan.


Semoga kau dan dia bahagia.
Itu satu permintaan yang aku harapkan.
Dan satu doa yang aku aminkan.
Jagalah hubungan yang engkau bina sekarang.
Semoga tercapai apa yang kamu rancangkan.
Usahlah kau cuba menoleh ke belakang lagi.
Maju lah ke depan.
Pandanglah emas dan permata yang bermain di mata kecil mu.
Hargailah dia.
Sayangi dia seperti kau sayang dirimu.
Tunjukkan kasih sayang mu dengan seikhlas mungkin.
Aku rela berundur diri demi kebahagianmu.




Terima kasih kerana,
Memberi kata-kata dusta yang berjaya menawan hati aku.
Memberi kata-kata manis yang terbit dari bibir mu yang berjaya membuat aku cair.
Berlakon demi menjayakan watak seorang yang prihatin, romantis yang berjaya membuat aku bagaikan berada di khayalan.
Memberi aku angan-angan yang akhirnye dimusnahkan oleh perbuatanmu sendiri.
Mempermainkan perasaanku yang sememangnya kamu dihatiku.
Memperbodohkan aku dengan perbuatanmu yang cukup mengambarkan yang dirimu sayang terhadapku.
Hakikatnye tidak, ahhh betapa bodohnya aku mempercayai kamu. Pasti kau tertawakan melihat kebodohan aku yang sudah sayang sama kamu.
Memberi kenangan yang manis dan tak mungkin mampu aku lupakan.
Tak akan aku buang kenangan itu.
Biarlah ia 
menjadi panduan untuk aku agar berhati-hati dengan lelaki seperti kamu.

Akan ku bawa kenangan ini sampai bila-bila.
Tapi akan ku cuba hapuskan namumu dan wajahmu yang selalu bermain di kotak kecil hatiku.
 
Aku terkilan dengan sikapmu yang menguris hatiku.
Kau meninggalkan aku tanpa kata sepatah.
Aku terkapai-kapai mencari jawapan yang sebenar.
Kau tahu betapa sakitnye hati ini bila kebenaran ada di depan mata.
Ahhhh pedih, seksa, merana.
Aku menanggung perit ini seorang diri.
Aku memohon petunjuk dari yang satu agar dipermudahkan urusan hidup aku.
Aku kuat menghadapi dugaan ini dengan bantuan Dia.
Di samping kawan-kawan aku yang selalu menyokong aku dari belakang.

 Sekarang aku bangkit dengan semangat yang baru untuk mencari erti hidup yang sebenar tanpa dipermainkan oleh sesiapa yang seperti kamu.
Aku tahu diluar sana masih ramai lagi yang baik dan lagi layak untuk mendampingi aku berbanding dirimu yang hanya pandai berbicara dan mempermainkan perasaan.
Aku benci kamu.
Sekian.