Sunday, April 7, 2013

Terkilan.


Semoga kau dan dia bahagia.
Itu satu permintaan yang aku harapkan.
Dan satu doa yang aku aminkan.
Jagalah hubungan yang engkau bina sekarang.
Semoga tercapai apa yang kamu rancangkan.
Usahlah kau cuba menoleh ke belakang lagi.
Maju lah ke depan.
Pandanglah emas dan permata yang bermain di mata kecil mu.
Hargailah dia.
Sayangi dia seperti kau sayang dirimu.
Tunjukkan kasih sayang mu dengan seikhlas mungkin.
Aku rela berundur diri demi kebahagianmu.




Terima kasih kerana,
Memberi kata-kata dusta yang berjaya menawan hati aku.
Memberi kata-kata manis yang terbit dari bibir mu yang berjaya membuat aku cair.
Berlakon demi menjayakan watak seorang yang prihatin, romantis yang berjaya membuat aku bagaikan berada di khayalan.
Memberi aku angan-angan yang akhirnye dimusnahkan oleh perbuatanmu sendiri.
Mempermainkan perasaanku yang sememangnya kamu dihatiku.
Memperbodohkan aku dengan perbuatanmu yang cukup mengambarkan yang dirimu sayang terhadapku.
Hakikatnye tidak, ahhh betapa bodohnya aku mempercayai kamu. Pasti kau tertawakan melihat kebodohan aku yang sudah sayang sama kamu.
Memberi kenangan yang manis dan tak mungkin mampu aku lupakan.
Tak akan aku buang kenangan itu.
Biarlah ia 
menjadi panduan untuk aku agar berhati-hati dengan lelaki seperti kamu.

Akan ku bawa kenangan ini sampai bila-bila.
Tapi akan ku cuba hapuskan namumu dan wajahmu yang selalu bermain di kotak kecil hatiku.
 
Aku terkilan dengan sikapmu yang menguris hatiku.
Kau meninggalkan aku tanpa kata sepatah.
Aku terkapai-kapai mencari jawapan yang sebenar.
Kau tahu betapa sakitnye hati ini bila kebenaran ada di depan mata.
Ahhhh pedih, seksa, merana.
Aku menanggung perit ini seorang diri.
Aku memohon petunjuk dari yang satu agar dipermudahkan urusan hidup aku.
Aku kuat menghadapi dugaan ini dengan bantuan Dia.
Di samping kawan-kawan aku yang selalu menyokong aku dari belakang.

 Sekarang aku bangkit dengan semangat yang baru untuk mencari erti hidup yang sebenar tanpa dipermainkan oleh sesiapa yang seperti kamu.
Aku tahu diluar sana masih ramai lagi yang baik dan lagi layak untuk mendampingi aku berbanding dirimu yang hanya pandai berbicara dan mempermainkan perasaan.
Aku benci kamu.
Sekian.

No comments:

Post a Comment